Thursday, 21 June 2012

perasaa rindu tuk plg rumah mula melanda,rindu tempat yg slesa bantal yg empuk bersih baring dgn selesa,makan di rumah tanpa ragu tau segan,smua tu menyedihkn aq dan perasaan menyesal mula melanda dan minda berbicara knpa aq tak blik shja ari tu,ini sudah dua hari x balik mesti lagi teruk kena.entah dari mna semangat dtg aq bli rumah gn memujuk hti lantak r,,pe nk jd,jd r..


2hari berlalu..,,kesan lebam garis lurus bekas rotan kayu klihatan di betis,paha dan belakang terasa berdenyut2.x cukup tu pipi mulusku hlg serrinya dek dihiasi garis halus kemerahan sedikit luka akibat dcubit.



lagi beberapa hari persekolahan dan bermulanya cuti sekolah yg panjang....dan setiap kali cuti sekolah menjelang seperti biasa kami akan blik ke kampung halaman ayah tuk mngerjakan bendang dan sawah padi.


jam6a.m spt biasa ibu akan mengejutkn kmi dri tido dgn mngetuk2 pintu bilik tak pun mak msuk bilik dan mnendang kasar telapak kaki kmi tuk bgun dan berpesan pergi sediakn sarapan nk gerak awal nk ke bendang,awal gerak banyaklah kerja yang dapat dibuat ayat yang sering dipakai oleh orang tuaku tak sah dalam sehari mesti ada.Memang menyampah giler bila masa nak mengorek buah koko ambil isinya dan diperap di dalam guni seminggu selepas tu jemurkan di bawah terik matahari kerana perlu masa yang lama untuk mendapatkan seguni isi buah koko dalam 2jam baru dapat seguni seberat 30kg begitu,dah lah melekit rasa manis mengundang nyamuk sungguh tak selesa.



hmm...balik jer kampung merasa lah memakai lampu minyak tanah,masak nasi atas api bukannya denganya elektrik,mandi dengan berkemban nak ke tandas 50meter dri rumah alamatnya kalau malam nak pergi tandas nak berteman lah jawabnya.bukan tu jer waktu tidur juga berubah jam8 da masuk tidur dah terbuai mimpi pun.


Dengan pakaian berlengan panjang,seluar panjang,bertopi tidak cukup untuk melindungi diri dari dipanah terik mentari namun itulah yang harus ditempuhi seorang anak petani aq dan yang lain sedang membersihkan rumput yang tumbuh subur meliputi pokok cili padi yang banyak memberikan hasil tambahan pendapatan keluarga untuk mak aq menjajah di pasar dan menerima tempahan kecil kecilan.jam menunjukkan jam12 perut da berkoroncong menandakan waktu untuk makan,daun pisang diambil dijadikan pinggan sungguh sedap lauk hari ini ikan masin dibakar atas api dan diperah limau nipis,pucuk paku diperah limau nipis letak sedikit gram dan diramas sedikit dimakan macam tu je,pucuk ubi dibuat sup rebus dicampur sardin dan sedikit garam perasa,tomborua spesis dari rebung kot dibakar di atas api sesudah tu dikopek kulitnya dan isinya yang berwarna putih kekuning kuningan selepas dbakar cubit sedikit cacah garam lalu makan sungguh menyelerakan tak digambarkan dengan kata2.
BERSAMBUNG...





No comments:

Post a Comment