lagi 2minggu cuti sekolah pun akan berakhir..dan aq pun akan meningkat umur dan meningkatlah juga di alam persekolahan di mana tahun hadapan saya akan menjejakan kaki ke tingkatan satu..merasalah saya kali ini ke sekolah dengan menaiki bas pergi dan balik setiap hari untuk kesekian kalinya kerana sebelum ni saya hanya berjalan kaki ke sekolah memandngkan jarak sekolahku dari rumah hanya beberapa ratus meter sahaja.
Hari ini hari terakhirku di kampung dan hari terakhirku masuk ke ladang dan berpakaian seorang petani untuk tahun ini bersamaan 2003.
jarum jam sudah pun menunjukkan waktu pukul 8.06pm patutlah aq dah pun menguap je dan mengosok mata berulang kali dari tadi,sebelum tidur sempat lagi adik perempuan ku fira mengimbas kembali kejadian tadi siang ketika membersihkan kawasan anak pokok getah yang baru ditanam tiga bulan lalu tentang adik lelaki ku delson yang disengat lebah lalu jatuh berguling ke bawah kerana keadaan tanah yang sedikit berbukit dan menyebabkan bibirnya bengkak apalagi pecah gelak satu bilik dibuatnya.Ibu yang hanya bersebelahan bilik kedengaran bersuara aku dan adik adik ku tiga orang tidur kerana esok perlu bangun awal bersiap untuk balik ke bandar.
Setelah 3jam perjalanan akhirnya sampai juga di rumah dengan selamat dengan restu tuhan.
tingallah ayah dengan abang ku dua orang mengerjakan segala tanaman di kampung eperti biasa menjalani kehidupan sebagai petani kerana keputusan pelajaran tidak mengizinkan setakat tamat darjah enam dek kesempitan hidup memaksa mereka memilih berhenti sekolah mencari rezeki sendiri kerana tak sanggup melihat tekanan di hadapi orang tuaku mencari wang memastikan kami 11 adik beradik berpendidikan namun orang tuaku terpaksa akur walau pada mulanya menentang keras tindakan itu.
walaupun begitu dua kakakku berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej di kuala lumpur dengan bantuan biasiswa pendidikan dan taraf hidup.bukan main gembira lagi orang tuaku siap mengadakan kenduri kesyukuran dan keselamatan mereka selamat sampai ke kuala lumpur.
Hari pertamaku bersekolah di sekolah menengah sungguh teruja dengan pakain berwarna baru ini dan berjumpa dengan cikgu baru,bangunan sekolah lebih selesa,berjumpa dengan orang yang lebih besar hehe..memikirkan layanan para guru yang ada tentu sahaja berbeza dari layanan guru sekolah rendah namun ku jadikan semunya positif pembakar semangat untuk menimba ilmu.
setelah di tempatkan kelas,mengadakan orentasi mengenalkan nama ya tuhanku betapa kurangnya keyakinanku untuk berdiri dan bersuara di antara orang ramai ku tak biasa tapi dalam sesi nak memperkenalkan nama macam nama kelakar pun ada paling aq ingat budak yang pakai nama depan "datuk"haha tak pun yang ber binkan "takano"maksud dalam bangsa aq "nasi?"ERMMMM.....
setelah seminggu ku dapat beberapa kawan yang sesuai di hatiku,manakala lelaki di dalam kelasku memang menyampah gillerr..poyo nak mampus!.cikgu takde je memekak sni sana terlompat sini sana sehinggakan kelasku terkenal penghuni paling nakal dan kerap membuat bising ketika cikgu tiada siap diumumkan ketika perhimpunan mentang2 aq brutal juga tapi takdelah nak kecoh macam diorang agak agak lah..
sampaikan aq pernah bertekak dengan satu budak ni datuk nizam namanya kelakar??datuklah sangatt..asyik nk cri gaduh je nak baling aq kerusi lah,saje je tendang kerusi aq..tapi takpe masa masuk waktu sejarah tunggu kau sebab aq raja sejarah kat kelas hehehe...BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment